Permainan galah panjang ni pun sebenarnya permainan
orang dulu-dulu... teringat zaman kecil-kecil dulu, saya dan kawan-kawan buat
gelanggang guna tali, atau tumpang bermain di atas gelanggang sepak takraw di
kampung.. Permainan ini juga dapat menguji kecekapan pemain berlari melepasi
halangan.
tiada alatan yang diperlukan melainkan untuk
menyediakan gelanggang seperti rajah berikut....
Cara bermain
1. Bilangan pemain sekurang-kurangnya 3 orang satu
pasukan.
2. Tentukan dahulu pasukan mana yang akan memulakan
pemainan sebagai "penyerang", dan satu pasukan lagi sebagai pasukan
"pertahanan" . Anda boleh lah menggunakan teknik lambungan syiling,
nak "o...somm" ke, "cat cilot at at" ke..haha.....
3. Kedudukan pemain dan penjaga garisan adalah
seperti rajah di atas.
4. Bagi memulakan permainan, ketua pasukan
penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan pengawal garisan.
5. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan
tengah.
6. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pemain
pasukan penyerang daripada menyeberang garisan dengan mendepakan tangan atau
mencuit badan penyerang bagi mematikan penyerang.
7. Pasukan penyerang akan cuba melepasi setiap
garisan sehingga ke garisan bertanda X, dan perlu berpatah balik sehingga ke
garisan permulaan.
8. Sekiranya ketiga-tiga halangan berjaya dilepasi
oleh sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan penyerang tanpa disentuh oleh
pasukan pertahanan,maka pasukan penyerang yang bermain akan mendapat 1 mata.
9. Sebaliknya jika semua pemain daripada pasukan
yang bermain dapat disentuh dan dikira mati, pasukan lawan pula akan bermain.
Di bawah ini ada saya sertakan video permainan galah panjang secara terperinci oleh upin & ipin.
Di bawah ini ada saya sertakan video permainan galah panjang secara terperinci oleh upin & ipin.
Peraturan permainan
1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan
masing-masing.
2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat
disentuh semasa menyeberang garisan, pasukannya dikira mati.
3. Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang di
menangi.
P/S : seronok sangat main galah panjang ni.. Untuk
pengetahuan, permainan galah panjang ini juga tersenarai sebagai salah satu
acara didalam pertandingan Potensi Kanak-kanak TABIKA KEMAS bagi acara
potensi padang. Kanak-kanak kalau diajar pun pandai main tau, tapi kena rajin
la berlatih..jadi cikgu-cikgu...selamat mengajar la ye...

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan