permainan jan jan jala ini tidak memerlukan alatan.
pemain hanya perlu mengetahui lagunya..
Begini......
jan jan jala,
jala itik jala ayam,
berapa lubang kancing,
seratus lima puluh,
singah cik dayang singgah,
makan sireh mulut merah..( waktu ni la tangkap seorang pemain dalam
perumah)
tiada had bilangan pemain dan minimum 6 orang...
cara permainan
1. pilih 2 orang sebagai perumah..
2. pemain beratur dalam satu barisan panjang dan pegang pinggang kawan
di hadapan mereka dalam barisan.
3. perumah yang dipilih mewakili 2 kumpulan berbeza. (contoh : seorang perumah pilih buah pisang, seorang lagi pilih buah durian)
3. perumah yang dipilih mewakili 2 kumpulan berbeza. (contoh : seorang perumah pilih buah pisang, seorang lagi pilih buah durian)
4. pemain yang beratur menyanyikan lagu Jan, Jan
Jala sambil berjalan di bawah perumah, (seperti gambar) , dan mengelilingi perumah.
6. perumah perlu membisik kepada pemain yang
ditangkap untuk memilih kumpulan buah epal atau buah durian.
7. kemudian pemain itu berdiri di belakang kumpulan
perumah yang dipilihnya.
8. ulang permainan sehingga habis semua pemain
ditangkap dan memilih kumpulan.
9. selepas habis, kini terdapat dua kumpulan iaitu
kumpulan buah epal dan kumpulan buah durian. Pegang pinggang rakan di hadapan.
Buat satu garisan di antara kedua-dua ketua.
10. jerit 'mula' dan kedua2 kumpulan akan saling
bertarikan..(macam tarik tali..) lihat contoh gambar di bawah.
11. pihak yang melebihi garisan penanda dikira
kalah....
macam tu lah mudahnya permainan orang
dulu-dulu..cuba dulu, baru tahu keseronokannya...sampai saya pun join sekali
main bersama anak-anak murid... hehe..
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan