rasa-rasa nya inilah permainan paling famous kat
sekolah rendah dulu... cikgu pon tak ada modal dah nak bagi main apa kot
dulu-dulu kan....
peralatan yang diperlukan - bola je....
Cara permainan
1. setiap kumpulan mempunyai 3 orang
kanak-kanak.
2. 2 orang di hadapan dan belakang.
4. pemain akan cuba mencampakkan bola kepada
seorang lagi pemain, dan monyet di tengah perlu cuba menangkap bola yang di
baling tersebut.
5. Sekiranya monyet dapat menangkap bola, maka
orang yang membaling bola tadi pula akan menjadi monyet di tengah.
Peraturan permainan
monyet di tengah dilarang merampas bola dari tangan
pemain.
P/S - permainan ini kadangkala terbatas kerana
peralatan yang terhad. Terutama di tabika, jumlah bola mungkin tidak mencukupi
untuk kumpulan yang banyak. Kita boleh membuat improvisasi alatan, seperti
menggunakan pundi kacang, atau membuat bola daripada kertas. Jangan membataskan
aktiviti disebabkan kebergantungan terhadap alatan yang sedia ada
sahaja....mudah kan...??
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan