Khamis, 14 Februari 2013


  
Tabika KEMAS D.O.R. Kg Lubuk Katak,Tapah ini telah di tubuhkan pada tahun 1975.TABIKA ini terletak di kawasan kampung dan mejoriti penduduk di kawasan ini ialah orang melayu. TABIKA ini asalnya ialah Dewan Orang Ramai dan telah digunakan sebagai TABIKA KEMAS di sebabkan ramai ibubapa yang tidak mampu menghantar  anak-anak mereka ke TABIKA luar. Pemilik tanah ini iaitu Pn.Aminah binti Lanjo telah mewakafkan tanahnya untuk di jadikan Dewan.Guru pertama yang telah mengajar di TABIKA ini  ialah Pn.Ainon binti Arshad,beliau telah mengajar dari tahun 1975 sehingga tahun 1988 kemudian beliau telah berpindah ke kawasan lain.Guru yang telah menggantikan tempat beliau ialah Cik Zainul Aziah binti Dan dari tahun 1988 sehingga tahun 2002,selepas itu beliau telah di tukarkan ke TABIKA lain dan tempat beliau di gantikan olen Pn.Maimun binti Ariffin sehingga tahun 2006.
 Pada tahun 2006 saya iaitu Pn.Azwa binti Mohd Nadzri telah menggantikan tempat
Pn.Maimun binti Ariffin sehinggalah sekarang.


Sekian terima kasih…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan